Lingkungan sistem taksonomi tumbuhan Poales

Sistem APG II

Sistem APG II 2003 mengiktirafkan susunan Poales dan memasukkan susunan ini dalam klad komelinid di bawah monokot. Lingkungan sistem ini adalah berikut:


Dari segi ekonomi, famili yang paling penting ialah famili rumput-rumput (Gramineae atau Poaceae), yang merangkumi barli, jagung, sekoi, padi, dan gandum. Famili Poaceae ini merupakan famili yang terbesar dalam susunan ini, dan jauh melebihi pesaing-pesaingnya dari segi bilangan spesies:

  • Poaceae: 12,000 spesies
  • Cyperaceae: 5,000 spesies
  • Bromeliaceae: 1,400 spesies
  • Eriocaulaceae: 1,150 spesies

Anggaran-anggaran menempatkan keasalan Poales di Amerika Selatan hampir 115 juta tahun dahulu. Fosil-fosil terawal yang diketahui termasuk debunga dan buah-buahan yang telah ditarikhkan sebagai Zaman Batu Kapur Akhir (Bremer, 2000). Bunga-bunga susunan ini biasanya kecil sahaja dan dikurungkan oleh braktea, serta diatur dalam bentuk infloresen (kecuali untuk genus Mayaca yang mempunyai sekuntum bunga yang tunggal pada hujung tangkai. Bunga-bunga untuk banyak spesies mengamalkan pendebungaan angin; biji-bijinya biasanya mengandungi kanji.

Sistem APG

Sistem APG 1998 menggunakan peletakan yang sama dengan sistem APG II (walaupun sistem ini menggunakan ejaan "commelinoids") dan menggunakan lingkungan berikut yang tidak merangkumi tumbuhan-tumbuhan dalam famili-famili Abolbodaceae, Bromeliaceae dan Mayacaceae:

  • famili Anarthriaceae
  • famili Centrolepidaceae
  • famili Cyperaceae
  • famili Ecdeiocoleaceae
  • famili Eriocaulaceae
  • famili Flagellariaceae
  • famili Hydatellaceae
  • famili Joinvilleaceae
  • famili Juncaceae
  • famili Poaceae
  • famili Prioniaceae
  • famili Restionaceae
  • famili Sparganiaceae
  • famili Thurniaceae
  • famili Typhaceae
  • famili Xyridaceae

Sistem Cronquist

Sistem Cronquist tidak mengiktirafkan susunan Poales: tumbuhan-tumbuhan yang termasuk dalam sistem APG II dibahagikan kepada susunan-susunan Bromeliales, Cyperales, Hydatellales, Juncales, Restionales dan Typhales.

Sistem-sistem lain

Dalam sistem-sistem yang awal, sebuah susunan yang merangkumi famili rumput-rumput tidak dinamakan sebagai Poales, tetapi menggunakan nama botani deskriptif seperti berikut: